Pages

23 January 2007

I'L Do Anything

Salam...

MUSNAH....inilah perkataan aku yang aku rasakan sesuai bagi menggambarkan kehidupan penduduk kampung di Kangkar Tebrau. Musnah segalanya termasuk tempat tinggal. Kalau ada pun hanya saki baki yang tidak dihanyutkan banjir kali kedua. Aku sangat terkejut melihat keadaan disana. Pepatah lama "Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga" sudah tidak boleh digambarkan lagi pada mangsa-mangsa ini. Mereka lebih daripada itu. Bencana alam yang berlaku buat kali kedua itu lebih dahsyat. Bayangkanlah kesengsaraan mereka. Aku bukan siapa untuk menolong mereka, aku hanya insan kerdil. Ya Allah, aku mohon agar KAU bantulah mereka yang memerlukan bantuan. KAU berikan mereka kekuatan untuk mereka terus hidup. Amin Ya Rabbul Alamin...

Kami semua hanya mampu membantu anda dengan tulang empat kerat kami ini. Apa yang kami mampu, kami akan cuba buat lebih daripada yang kami mampu. Aku dapat lihat dari airmuka mereka semua mengatakan bahawa mereka amat gembira dan terharu dengan kedatangan kami. Mereka semua amat berbesar hati dengan kehadiran kami. Seolah-olah kami ini membawa seribu harapan kepada mereka.

Anak-anak kecil semuanya macam kebingungan. Ada juga yang menangis dan ada juga yang masih terus membisu seribu bahasa. Mungkin mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menghadapi semua ini. Aku hanya dapat menggembirakan mereka. Nak menghulurkan dari segi kewangan, aku tak mampu. Aku hanya mampu memberikan sedikit keceriaan kepada mereka agar mereka terus tabah dan berusaha meninggalkan peristiwa ini. Ujian ini menguji kehidupan mereka. Aku bersyukur sebab mereka semua selamat. Alhamdulillah...

Bangunlah mahasiswa semua.Bantulah mereka semua. Mereka semua amat memerlukan anda semua. Jangan berdiam diri. Ayuhlah ringankan tulang membantu meringankan beban mereka. Kepada semua yang membantu semalam, aku sangat bangga dengan anda semua. Bukan mudah untuk mencari orang yang seperti anda sekarang ini. Kotor baju, seluar, kasut dan sanggup turun dalam air bagi membantu mereka semua. Kepada yang lain, aku menyeru ikhlas dari hati hati aku. Marilah membantu....

No comments: