Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, genap umur aku 22 tahun 31Mei2007 tahun ini. Pejam celik-pejam celik, cepat sahaja masa berlalu. Takde apa pun yang aku sambut atau celebrate. Apa semua takde. Kek coklat buat sendiri malam tadi dan makan dengan adik dengan mak aku....takde kek beli....
Cuma ucapan dan doa dari mak ayah dan keluarga serta rakan-rakan yang tak henti-henti SMS dari semalam lagi jadi sambutan.
Ingat lagi diorang semua kat aku.....terharu rasanya.Ditahan-tahan perasaan ni...Terima Kasih semua. InsyaALLAH, jasa korang akan dibalas kalau aku berkemampuan
22 tahun aku dah hidup dekat dunia ini. tapi aku masih bertatih-tatih mencari kehidupan aku. Takde apa yang istimewa selama 22 tahun aku hidup ni. Harta pun tak kumpul lagi. Ilmu masih dalam pencarian. Makwe, hemmmm...takde pun nak kat aku. Kawan-kawan?Ramai...alhamdulillah.Pejam celik-pejam celik, dah dua tahun aku belajar di UTM. Bila agaknya nak habis....
Alhamdulillah...syukur. Aku masih bernyawa sehingga saat ini.
Terima Kasih Semua...
No comments:
Post a Comment