Tuntutlah ilmu walau sampai negara china sekalipun. Ini membayangkan anda semua bahawa untuk mendapatkan ilmu itu kita perlu menjelajahi seluruh pelusuk dunia. Yang kita cari itu ilmu, tetapi kita perlu menuntut dengan berbantukan guru. Tanpa guru, kita tak tahu apa itu ABC dan 123. Dan korang semua takkan dapat membaca blog aku ini tanpa mengenal ABC.Betul tak??
Sekarang ni, Tuntutlah ilmu sampai ke negara china sekalipun perlu kita hayati. Guru-guru sekarang semakin kurang dihormati. Pelajar-pelajar sekarang langsung tidak menghormati guru sebagai pendidik mereka, apatah lagi sebagai orang yang lebih tua dari mereka. Banyak kes-kes yang kebelakangan ini menyalahkan guru sebagai penyebabnya. Contohnya di SMK Tun Habab, guru perempuan dicekik dan dihempas ke dinding. Adakah ini wajar?Sebagai orang yang berakal dan berfikiran waras, fikirlah sendiri.
Sempena bulan baik hari baik ini, aku hendak semua yang membaca entri ni untuk mengingati semula guru-guru yang telah mengajar korang. Hormati dan doakan kesejahteraan mereka semua. InsyaALLAH, semua ilmu yang disampaikan akan lebih diberkati...AMIN
Ada sebuah sajak Perdana Menteri Malaysia(Abdullah Ahmad Badawi) menyatakan,
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
No comments:
Post a Comment