
Kelmarin, aku terima satu surat tawaran menggangotai ahli jawatankuasa penaja PESADA peringkat universiti dari pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM. Dan tadi petang tadi lebih kurang jam 3.00 ptg, lebih kurang 30 orang anak-anak felda yang belajar di UTM dipilih dari kalangan pelajar yang mendapat cgpa 3.0 dan keatas dipanggil untuk menghadiri satu taklimat yang agak panjang di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).Ada 3 buah IPTA yang hadir iaitu, UTM,UTHM dan UTEM.

Selama ni belum pernah ada persatuan seperti ini diwujudkan di IPTA. Dan usaha ini telah digerakkan mulai saat aku menulis entry ini. PESADA sedang didalam proses ditubuhkan. Matlamat penubuhannya masih di perbincangkan di semua IPTA. Matlamat utama yang aku nampak disini adalah penubuhan untuk menjadi gerakan intelektual di dalam Felda itu sendiri.
PESADA di akan gerakkan dibawah naungan Felda yang mana SERANTA iaitu organisasi yang ditubuhkan untuk menjadi medium perantara masyarakat Felda dan Kerajaan. Seranta ditadbir dibawah Jabatan Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment