Kejadian Tanah Runtuh - Hentikan tuding-menuding dan perbaiki kelemahan
Assalamualaikum news@tv3.com.my.
Saya merupakan salah seorang pelajar IPTA di Skudai Johor Bahru. Saya ingin memberi sedikit pandangan dan berkongsi cadangan yang harus diperbaiki dan dipertingkatkan mengenai kejadian yang berlaku di Selangor dua hari yang lepas.
Pertama sekali, saya ingin memberi pandangan mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini. Kejadian ini bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi negara kita. Ianya kerap berlaku kebelakangan ini dan ianya berlaku sekali lagi , namun kadarnya adalah tidak "sehebat" yang berlaku di Selangor ini. Mungkin saya cetek pengetahuan tentang bagaimana kejadian tanah runtuh ini berlaku, namun apa yang dapat dilihat, masalah ini kerap berlaku sehinggakan ramai orang bertanya, dimanakah silapnya?, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dan dimanakah peranan agensi-agensi dan pihak-pihak berkuasa dalam melaksanakan akta-akta yang telah digubal?.
Ini semua mungkin menjadi persoalan dan pertikaian. Namun apa yang ingin saya tegaskan adalah untuk menghentikan tuding menuding diantara satu sama lain. Jika ini terus berlaku, akibatnya, masalah ini akan terus berlarutan. Duduk semeja dan perbincangan langkah-langkah mengatasi yang boleh digunapakai dan dipraktikkan agar kejadian yang sama tidak akan berulang lagi.
Saranan Perdana Menteri agar menghentikan projek-projek pembangunan di cerun-cerun bukit yang berisiko haruslah dipandang dengan mata, telinga, kaki dan tangan oleh pihak-pihak pemaju dan sektor-sektor hartanah. Tidak lupa juga kepada agensi-agensi kerajaan yang di berikan kuasa untuk meluluskan segala macam bentuk dokumen pembangunan di kawasan beriko tinggi ini. Janganlah hanya terus memikirkan keuntungan tanpa memikirkan kesan buruk akibat sikap tamak. Dan sekiranya sikap tamak ini tidak dihentikan, akibatnya, pemaju akan terus menggondol tanah untuk dibangunkan dan dimajukan untuk dijadikan kawasan perumahan. Soalnya, siapa yang menanggung akibat dari sikap tamak pemaju ini. Adakah kita mahu mendengar sekali lagi kehilangan nyawa akibat kejadian yang tidak di ingini lagi?
Pemaju dan agensi-agensi yang terlibat perlulah duduk semeja dan mengkaji bagaimanakah langkah untuk mengatasi masalah ini dari terus berlaku. Kajian ini perlulah di bentangkan secara terbuka agar cadangan dan penambahbaikan boleh dilakukan. Mungkin pihak-pihak yang terlibat khususnya agensi-sgensi kerajaan boleh menggunakan model-model pembangunan tanah dari negara-negara maju agar kejadian ini tidak menghantui penduduk Malaysia sekali lagi.
Apa yang pasti, seharusnya pembeli-pembeli haruslah melihat secara keseluruhan sebelum menandatangani sebarang pembelian hartanah. Seharusnya pembeli haruslah mengakji keseluruhan aspek sama ada aspek semulajadi tanah, aspek bangunan dan aspek persekitaran yang mendatangkan bahaya kepada nyawa dan harta. Ini boleh mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda.
Sekian.
Mustakim Ahmad
Simpang Renggam, Johor
07 December 2008
Email untuk TV3
Aku menulis email ini kerana kesedaranku terhadap bencana yang berlaku kebelakangan ini. Bacalah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment