Pages

16 February 2009

Lawatan Ke Miyazu Malaysia (Vendor Proton)

Semalam seharian aku didalam bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam diatas bas. Tujuan utama lawatan adalah untuk melihat sendiri proses pembuatan dier atau molding yang diguna pakai dalam proses pembuatan kereta proton. Hanya terdapat dua kilang membuat die ini iaitu Miyazu (Malaysia) dan aku lupa nama company yang disebutkan semalam. PHM atau PZM jika tak silap.

Berbalik kepada pembuatan dier tersebut, kilang Miyazu Malaysia sedang mengluarkan dier female and male untuk kereta MPV Proton dan Peugeot. Aku tak pasti apa jenis kereta Peugeot tersebut, tapi memang canggih kilang Miyazu ni. Mesin high steel casting yang telah berusia lebih 30 tahun pun masih digunakan. Proses membuat dier yang mengambil masa lebih kurang 18 bulan bagi setiap panel yang di tempah client(Proton). Semalam aku berpeluang melihat dier untuk front panel dan bonet belakang MPV proton yang baru tersebut.

Harga setiap dier? Ehem..setengah bilion!!. Percayalah kerana ia memang setengah bilion setiap satunya. Bayangkan kalau sepasang dier? Sebab tu kereta proton yang korang gunakan tu mahal lebih-lebih lagi model yang baru seperti GEN2 dan MPV sebab R&D untuk sesebuah kereta itu tersangatlah mahal.

Tetapi aku teringat kata-kata En.Azman(Manager) dan En.Aidi Effendy(HR Manager) disitu yang mengatakan bahawa "Kalau tiada industri pembuatan kereta Proton ni kat Malaysia ni, mungkin sejuta atau lebih orang Malaysia ni tiada pekerjaan langsung". Aku memahami kata-kata kedua-dua manager tersebut kerana setiap komponen dalam kereta Proton itu sendiri mempunyai banyak company untuk membuatnya. Sungguh besar industri automotive ini.

Jadi, anda semua sebagai warganegara mempunyai peranan memajukan industri kereta Malaysia. Sokonglah kereta tempatan!

2 comments:

Ex-Miyazus said...

Pembetulan: harga die x sampai stgh bilion dik, stgh juta je. PHN tu maker utk die2 kecik, x sama level lgsg dgn miyazu. Ok?

Mustakim Ahmad said...

Ok2,terima kasih kerana betulkan. Mungkin saya yang tersilap dengar.

Tapi, yang saya dengar mcm setengah billion?tak betul juga ye?