Pages

08 April 2009

Viva! - Final Year Project

Aku hanya berdoa dan bertawakkal dengan apa yang akan aku hadapi. Aku dah bersedia dari penulisan, tetapi belum bersedia lagi berhadapan mental. Viva aku pada pagi 15hb april 2009.

Doakan aku ye rakan-rakan!
Abstrak


Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan ibu bapa Felda Layang-Layang terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kajian ini mengandungi empat persoalan utama yang tertumpu kepada tahap pengetahuan ibu bapa terhadap sistem pendidikan ini. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik yang diedarkan kepada 100 orang responden iaitu terdiri daripada peneroka Felda Layang-Layang. Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) item dalam soalselidik ialah 0.8619. Responden dipilih dengan kaedah persampelan bertujuan. Data-data hasil daripada soal selidik diproses dengan menggunakan “Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) version 11.0” dan dinyatakan dalam bentuk peratus, min dan kekerapan. Daripada empat persoalan iaitu tahap pengetahuan ibu bapa terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional, syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT), peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dikalangan lepasan pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan kursus-kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik (SMT), didapati bahawa pengetahuan ibu bapa Felda Layang-Layang terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah tinggi. Secara amnya masyarakat Felda Layang-Layang mempunyai pengetahuan berkaitan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan yang tinggi di kalangan ibu bapa Felda Layang-Layang terhadap semua persoalan kajian. Untuk mendapat hasil kajian yang lebih baik, kajian lanjutan perlu dijalankan dengan pembaikan kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti dalam kajian ini.



Abstract


The purpose of this research is to find out what is level of parents knowledge at Felda Layang-Layang on Vocational and Technical Education (VTE). This research contained four main questions that focusing on parents knowledge in this Vocational and Technical Education system. The instrument used in this research was a survey to 100 respondents among the Felda Layang-Layang residence. These respondents had been choosing by using purposive sampling. The reliability level (Alpha Cronbach) for item in questionnaire is 0.8916. All the data obtained from the survey had been processed with Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) version 11.0 and was presented in the form of percentage, min and frequency. According to the four queries, those are the parents knowledge regarding to the Technical and Vocational Education, terms and condition on applying Technique Secondary School (SMT), the opportunity to further study in higher level for fresh entry Technique Secondary School and the courses offered in Technique Secondary School. Due to the analysis, the parents knowledge at Felda Layang-Layang regarding to the Vocational and Technical Education are higher. Generally, the respondents had basic knowledge on Vocational and Technical Education. From the result, shows that the parents at Felda Layang-Layang have a high level of knowledge to the all four main queries. It is suggested further research in this area had to be emphasized for further depth and information related to its importance.


p/s -kepada cik Norhayati Mohd Taib, terima kasih tau atas dorongan awak selama ini..

2 comments:

nazri said...

cam kenal j nama kat bawah tu..
mesti ko letak nama die kat dedikasi kan..hahaha...

Mustakim Ahmad said...

ko ingat budak2 ko ke.ni awek aku la...cis