Pages

07 January 2010

Agak Sibuk Namun Semua Harus Diteruskan

Bukan mudah untuk memegang lebih dari 3 jawatan. Rupanya, memang sukar. Bukan semudah yang disangkakan. Dan janganlah berkata-kata dengan prasangka yang tidak baik. "Bukan mudah menjadi guru balik rumah 1.40 ptg". Namun, semuanya perlu dilakukan seikhlas mungkin. Penat diletak tepi. Masa menjadi semakin tidak mencukupi. P&P jangan sesekali ditinggalkan. Buruk padahnya. Sehubungan dengan itu, aku ingain berkongsi dan mencatat sedikit perkara sepanjang 3 bulan aku bergelar guru.



1.Setiausaha Kokurikulum Sekolah,
Bukan kerja simple setakat tulis laporan, minit mesyuarat kehadiran pelajar. Namun setiausaha perlu mengendalikan mesyuarat, menguruskan kokurikulum sekolah, mentadbir persatuan-persatuan serta banyak lagi. Paling agak mencabar, penlaian markah kokurikulum 10% untuk dijadikan faktor  kemasukan ke IPTA. Bukan mudah untuk laksanakannya. Silap-silap haribulan, kita kena saman dengan ibu bapa pelajar sebab anak mereka tidak dapat memasuki IPTA walaupun dapat 20A1! Fakta!

2.Ketua Panitia
Satu lagi tugas yang sukar. Bagi melaksanakan PIPP dan mengaplikasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini, seorang ketua panitia haruslah mempunyai kreativiti yang disebut "Think outside the box". Perancangan strategik kena buat. Head count kena buat. Kalau target tak capai, post mortem kena buat. Jawab dengan Pengetua. Lebih teruk, kalau ada Pegawai Pelajaran Daerah datang bersama nazir-nazir, bertanyakan hal ini. Pergh!Menangis pun tak berguna.

3.Priority mash mengajar!
Walaupun semua jawatan kena pegang, janganlah sesekali tinggalkan P&P dalam kelas. Hadir tepat waktunya. Aku dibayar gaji untuk mengajar dan mendidik. Bukan untuk mendengar arahan pihak atasan yang entah apa-apa.

4.Kaki yang sakit.
Sepanjang 7 hari 2010 ini, aku merasakan aku telah berjalan sejauh lebih 20km.Naik tangga lebih daripada kuil Batu Caves. Dan bercakap tak kurang dari 10 jam sehari. Perlukan lebih tenaga. Penat. Namun perlu teruskan P&P.

Pada masa blog ini ditulis pun, aku masih upload data dan membuat lesson plan.

4 comments:

Mamok™ said...

Nazir?? Uh~
Gilak la atong... penat gak ek..
tapi gaji ko besor...
berbloi la..
hehehe...

Mustakim Ahmad said...

Beso kejadahnya. 2200 je.mana la beso..

BTW, NAZIR sekolah ye. Bukan NAZIR abg kau..haha

nazri said...

nk aku bg ubat semput k?haha..

Renjis said...

ok la tu..at least sampai mati orang panggil CIKGU..gaji besar,leh beli alza pas ni..takkn nak naik kenari je..HEEE!!!tak terbakar ke tgk gambar ko tu,bile lagi nak ade NIKON D700 FULL FRAME sendiri cikgu..HEHE!!!