Pages

11 December 2010

Beralihlah kepada sistem Fedora daripada Ubuntu

Tajuk ini mungkin akan mendatangkan marah kepada user atau pengguna distro ubuntu itu sendiri. Tetapi itulah hakikat yang sebenarnya diketahui. Bukan hendak mengatakan bahawa fedora itu bagus, tetapi, hanya mengatakan fedora lebih sedikit bagus dari ubuntu dari segi installation(pemasangan) dan requirement(kehendak) hardware yang lebih rendah berbanding ubuntu yang kini aku lihat semakin tinggi.

Pengalaman aku menggunakan ubuntu sejak dari dahulu kala lagi memang memberikan aku pengalaman luas untuk mengatakan ubuntu itu bagus. Sistem Operasi ini adalah bagus dalam dalam beberapa aspek terutama bantuan teknikal dan dokumentasi yang berlambak di internet. Gunakan sahaja keyword "Ubuntu" , pasti beribu dokumentasi yang datang. Slein itu, ubuntu baik dalam melakukan inovasi. Tengok sahaja dari segi interfacenya(Antaramuka). Berubah dari satu interface ke interface yang lain. Dari gnome ke unity.

Gnome Interface 

 Unity Interface

Perubahan-perubahan ini memang bagus, tetapi ia memerlukan pengguna keperluan yang tinggi. Sejak kemunculan 10.10(Maverick Meerkat) dan seterusnya 11.04(Narthy Narwal) yang akan datang, nampak perubahan ketara ubuntu. Spesifikasi hardware yang diperlukan makin tinggi, RAM mesti melebihi 1GB untuk mengelakkan kejung, Processor mesti dual core keatas untuk menjalankan aplikasi dengan lebih smooth, Graphic Card perkara yang wajib. Sekurang-kurangnya 256MB punya AGP atau PCI-E. Harddisk kena bersih dari bad sector. Kalau ada bad sector, mustahil akan berjaya. Inilah apa yang dimaksudkan dengan tajuk.

Marilah kita beralih ke sistem yang lebih sedikit baik iaitu Fedora ataupun core kepada ubuntu iaitu Debian. 

No comments: