Pages

02 November 2010

Pandangan aku mengenai public gold dan emas..

Salam, kawan-kawan semua, aku bukanlah seorang yang pandai dalam pelaburan dan aku juga bukanlah bodoh sangat dalam pelaburan. Tapi aku ada sense yang tinggi terhadap apa yang selama ini menjangkiti ramai kawan-kawan aku yang lain. Pernah aku keutarakan isu ini dulu disini tapi bila cari semula, tak jumpa pulak.

Pertama, jangan buat loan untuk melabur. kenapa?sebab, kau melabur atas hutang.kemudian dapat duit bayar semula hutang.cuba kira semula bayaran dan bunga. berbaloi ke? WTF

Kedua, aku dapat tau, ada sistem yang menggunakan overdraft atas pinjaman. Maksudnya, hutang atas hutang. Apa gila kau melabur guna hutang dan buat hutang lagi atas hutang sedia ada. bodoh namanya

Ketiga, terus kepada specific public gold. Kenapa emas public gold, public dinar hanya boleh dijual semula ke institusi yang ditetapkan?sebabnya, atas tu dah ada cop PUBLIC GOLD atau PUBLIC DINAR. Umpamanya, kau ada baju nak jual, tapi atas baju tu nama kau. orang lain nak beli ke?mesti tak nak kan. Aku cakap bukan untuk public gold je, tapi untuk semua syarikat atau bank yang menjual jongkong emas yang ber "cop". Bank negara pun ada, Kijang Emas..

Aku tak kata pelaburan emas tak bagus, aku dah kaji dulu.memang bagus, cuma untuk jangka masa pendek dan loan adalah tak digalakkan. Kalau nak beli, beli barang kemas.ada takda, boleh jugak bagi mak atau bini pakai. Kalau nak gadai pun semua bank dan pajak gadai terima. Ar-Rahnu Yapeim lagi la terima. Takda pulak macam jongkong emas bercop yang lain.

Satu lagi, kita kena ambil kira keperluan. Kalau melabur semata-mata nak untung pun tak boleh. Once kau dah melabur emas, kau terlibat sama dengan zakat. Zakat pendapatan dan zakat barangan. Now, itulah pendapat aku setakat ini. Kalau mampu, laburlah. Kalau tak mampu, jangan sekali-kali buat pinjaman untuk melabur.

No comments: