Tahun dua ribu sepuluh ataupun dengan angka ditulis begini "2010"(tanpa tanda ") tinggal lebih kurang 18 hari di saat entri ini dilepaskan. Maka berakhirlah tahun yang penuh dengan perkara-perkara yang mungkin pada aku sangat mencabar. Disini, aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku rasakan penting sepanjang tahun 2010.
25 tahun
Pada 31 Mei 2010, aku berusia 25 tahun. 25 adalah angka yang cukup besar. Wow! Dalam hati sinis berkata, lama sudah aku dimuka bumi ni. 25 tahun dulu aku dilahirkan dan tahun ini aku masih bernyawa dan bernafas di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, syukur.
Kerjaya Pertama Sebagai Guru
Walaupun tarikh posting sebagai guru adalah 26 Oktober 2010, tetapi aku lebih mengingati tarikh aku mula mengajar anak bangsa. 4 Januari 2010 adalah hari pertama aku memegang amanah sebagai pendidik. Orang kata, "Kerjaya guru ni sampai bila-bila pun orang akan panggil cikgu". Mungkin ada benarnya. Sekolah ditempatkan mengajar adalah SMK Dato Abd Rahman Andak Simpang Renggam. Nyata, sudah akhir tahun ini, anak murid aku panggil aku cikgu. Terasa seperti dihormati. Dan aku harapkan, semua anak-anak murid aku akan menjadi insan yang berguna walaupun kurang menyerlah dalam akademik. Amin
Bergelar Tunangan Orang
Tanggal 3 Oktober 2010, aku masuk merisik dan meminang seorang yang bakal menjadi isteri, rakan, sahabat dan penyeri hidup. Alhamdulillah, sudah selesai segala urusan.Tinggal urursan walimah pula yang dijangka bulan Mei tahun 2011.
Membantu Ayah dan Mak
Alhamdulillah, sejak aku mempunyai kerjaya ini, aku dapat bantu mak dan ayah. Syukur. Semoga mereka terus dilimpahi rahmat dan rezeki. Terima kasih mak, ayah, kerana menjaga aku sejak 25 tahun dahulu.
1 comment:
semoga menjadi guru yang terbaik...
Post a Comment