Pages

30 June 2010

Perlukah Blog Ini di Hapuskan?

Semenjak FB bertapak kat dunia ni, dunia blogging ni semakin kurang bagi personal blogger seperti aku. Tak ada apa yang nak aku blogkan. Pasal diri sendiri?Jemu orang lain membaca. Naik nak muntah pun ada. Lagipun, aku membangunkan blog ini dulu pun atas sekadar suka menjelajah dunia baru. Menyelami dunia baru dalam alam maya ini. Walaupun dulu gemar untuk aku mengemaskini berkaitan komputer dan dunia OSS, sekarang, masa aku dah tak banyak informasi nak di keutarakan dan dikeselatankan. Google it yourself. Im not a developer or contributor. Im just a teacher!

Senang cerita, dunia blog ini akan dihadkan. Mungkin sebulan sekali aku akan update tentang berbagai perkara. Salam Ceria!

02 June 2010

Surat Cinta Untuk Semua

aku copy benda alah ni from setelkahwin.com

Ke hadapan,
Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,
1.   Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.
2.   Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.
3.   Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.
4.   Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.
5.   Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagimelainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.
6.   Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah,JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.
7.   Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.
8.   Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalahSANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yangPENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.
9.   Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :
a)      Abang tak akan pergi,
b)      Abang tak akan pergi, dan
c)       Abang tak akan pergi.
10.   Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!
11.   Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”
12.   Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe
P/S
Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.
Terima kasih atas kerjasama sayang.

24 April 2010

Perasmian Laman Web SMKDARA.COM

Aku menggunakan platform wordpress sebagai content management system. Senang untuk cikgu-cikgu lain maintain kalau aku dah pindah..hehe.

Makan masa jugak nak buat semua ni sebab masa yang agak terhad. Tapi terpaksa gagahkan jugak untuk memudahkan urusan selepas ni.

Boleh lihat laman web tersebut disini. www.smkdara.com



Komen?

30 March 2010

Dah Masuk 5 Bulan Bekerja

Dah masuk 5 bulan aku bekerja sebagai cikgu di SMKDARA. Dalam masa 5 bulan ini, apa yang aku dapat kumpul ialah sedikit kewangan dan sedikit barangan. Dalam masa yang sama, aku juga mempunyai angan-angan nak melakukan business. Mungkin bukan buat masa terdekat, tapi untuk jangka masa jauh, aku dah target apa yang aku nak lakukakn. Aku dah pun melakukannya secara sedikit demi sedikit. Cuma perlukan lebih komitmen. Ya, bidang fotografi menjadi minat aku sejak 5 atau 6 tahun yang lepas. Jadi, untuk itu, aku perlu fokus. Bukan aku nak terus jadi seperti saifulnang atau ted adnan, tetapi, cukup jika apa yang aku perolehi dapat memajukan kewangan aku dan dapat menambahkan ilmu dalam fotografi ini.

Wishlist aku:
1. D700 atau fullframe format DSLR
2. SB900
3. Ultra Wide Lens 24-70mm

Cukuplah kalau aku dapat tiga2 itu..

24 March 2010

Tugasan Yang Mencabar

Setiap tugasan yang diberikan, aku lakukan dengan penuh semangat. Aku terima, rancang dan laksanakan. Sekarang telah terbukti beberapa perubahan.
1. Laman web SMKDARA.COM
2. Makmal komputer SDARA
3. Pasukan Bola Sepak B18 SMKDARA
4. Panitia Rekacipta SMKDARA

14 March 2010

Wedding Halim & Linda

Pada 14hb Mac 2010, kami mengadakan photoshoot wedding di BP. Selamat pengantin baru untuk pengantin. Ni adalah sedikit shot dari kami..




















And the photographers baru belajar. Azizi, ana dan mustakim


23 January 2010

Carta Organisasi Unit Sukan SDARA!



07 January 2010

Agak Sibuk Namun Semua Harus Diteruskan

Bukan mudah untuk memegang lebih dari 3 jawatan. Rupanya, memang sukar. Bukan semudah yang disangkakan. Dan janganlah berkata-kata dengan prasangka yang tidak baik. "Bukan mudah menjadi guru balik rumah 1.40 ptg". Namun, semuanya perlu dilakukan seikhlas mungkin. Penat diletak tepi. Masa menjadi semakin tidak mencukupi. P&P jangan sesekali ditinggalkan. Buruk padahnya. Sehubungan dengan itu, aku ingain berkongsi dan mencatat sedikit perkara sepanjang 3 bulan aku bergelar guru.



1.Setiausaha Kokurikulum Sekolah,
Bukan kerja simple setakat tulis laporan, minit mesyuarat kehadiran pelajar. Namun setiausaha perlu mengendalikan mesyuarat, menguruskan kokurikulum sekolah, mentadbir persatuan-persatuan serta banyak lagi. Paling agak mencabar, penlaian markah kokurikulum 10% untuk dijadikan faktor  kemasukan ke IPTA. Bukan mudah untuk laksanakannya. Silap-silap haribulan, kita kena saman dengan ibu bapa pelajar sebab anak mereka tidak dapat memasuki IPTA walaupun dapat 20A1! Fakta!

2.Ketua Panitia
Satu lagi tugas yang sukar. Bagi melaksanakan PIPP dan mengaplikasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini, seorang ketua panitia haruslah mempunyai kreativiti yang disebut "Think outside the box". Perancangan strategik kena buat. Head count kena buat. Kalau target tak capai, post mortem kena buat. Jawab dengan Pengetua. Lebih teruk, kalau ada Pegawai Pelajaran Daerah datang bersama nazir-nazir, bertanyakan hal ini. Pergh!Menangis pun tak berguna.

3.Priority mash mengajar!
Walaupun semua jawatan kena pegang, janganlah sesekali tinggalkan P&P dalam kelas. Hadir tepat waktunya. Aku dibayar gaji untuk mengajar dan mendidik. Bukan untuk mendengar arahan pihak atasan yang entah apa-apa.

4.Kaki yang sakit.
Sepanjang 7 hari 2010 ini, aku merasakan aku telah berjalan sejauh lebih 20km.Naik tangga lebih daripada kuil Batu Caves. Dan bercakap tak kurang dari 10 jam sehari. Perlukan lebih tenaga. Penat. Namun perlu teruskan P&P.

Pada masa blog ini ditulis pun, aku masih upload data dan membuat lesson plan.

31 December 2009

2009 & 2010

Selamat tinggal 2009. Dan selamat datang 2010!

Semoga apa yang berlaku pada 2009 boleh dijadikan kekuatan dan pengajaran bagi memperbaiki diri untuk maju setapak lagi dihadapan pada 2010!

Azam tahun ini:
1)Kumpul seberapa banyak duit yang boleh dikumpul.
2)Tolong mak ayah dengan lebih gigih
3)Teruskan kebahagian bersama orang tersayang =)
4)Teruskan perjuangan memartabatkan profession perguruan
5)Aplikasikan dan praktikkan PIPP dalam P&P
6)Kurangkan berat badan!

23 December 2009

Internet?..ni yang dikatakan WOW!

A Day in the Internet
Created by Online Education

20 December 2009

Webmin - I really-really hate but..



Nevermind about the title. I want to introduce a powerfull tools that are using by many admin as web-based system configuration tool in Linux box. Webmin can configure many operating system internals, such as users, disk quotas, services, configuration file and absolutely apache configuration. This time, i want to make some tutorial how to install webmin into ubuntu box.

Firstly, u need to donload webmin from the webmin webste.In this case, you can download webmin for .deb package.

http://prdownloads.sourceforge.net/webadmin/webmin_1.500_all.deb

Just double click the binary package there, and install webmin using install button there. If install button cannot be click because of missing dependencies, just go into terminal and run for this command:

sudo apt-get install perl libnet-ssleay-perl openssl libauthen-pam-perl libpam-runtime libio-pty-perl libmd5-perl

Then, install the webmin again. So simple right?


Just point into your web browser https://localhost:10000 to run webmin. Webmin defult port is 10000.



p/s -  i really..really really hate configuration for server. There is a lot of configuration that need to do for security and so on..

16 December 2009

Alumni SMKSR di Facebook!



Buat masa ni, aku merangka pelan untuk membangunkan jawatankuasa alumni SMKSR. Dan apa yang pertama sekali perlu dilakukan adalah pengumpulan ahli-ahli di Facebook sebelum merancanakan hasrat kedua aku iaitu mengadakan meyuarat penubuhan dan seterusnya, perasmian alumni SMKSR di sekolah kita sendiri.


Aku tak boleh bertindak sendiri, tapi aku perlukan sokongan beberapa pihak. Jadinya, aku akan contact seberapa ramai yang boleh untuk menjayakan alumni ini. Kali ini, aku serius!

09 December 2009

Restore GRUB2 from Live CD after installing windows

Try speaking london eh..hehe

Before this, I have Ubuntu 9.10 and Windows XP in one partition. Yesterday,I remove the XP and install Windows 2003 for testing my project. So, the GRUB2 loader become problem and cannot boot into Ubuntu anymore.

Solution:

I boot into Live CD ubuntu..

using terminal, run this command
$ sudo -i
$ mount /dev/sda1 /mnt
$ grub-install –root-directory=/mnt/ /dev/sda
then reboot..wala!..finish

08 December 2009

Aku Tersilap Mempuat Keputusan



Selama yang aku bayangkan selepas aku embuat keputusan tersebut, ternyata, ianya salah. Dan aku mahu kembali ke keputusan yang asal.Tapi bagaimana. Berapa lama lagi aku perlu tunggu. Susah untuk aku berkata-kata. Aku tahu apa yang aku buat adalah untuk aku.

04 December 2009

Pengguna Streamyx, BERHATI-HATILAH DENGAN MODEM ANDA

Aku bukanlah orang jahat yang sangat jahat, dan aku bukanlah orang baik yang sangat baik. Jadi, aku menggunakan segala sumber yang ada untuk memanfaatkan teknologi.

Ya, aku boleh mencari password dan akaun streamyx secara percuma untuk upgrade akaun aku. Ini pesanan aku kepada seluruh umat streamyx. Sila TUKAR KATA LALUAN MODEM ANDA 

Mudah saja hendak mencari akaun anda semua. Jadi, berhati-hatilah. Aku tak boleh berikan maklumat detail bagaimana hacker mencuri maklumat, tapi, aku akan beri hint sahaja.

1.Scan IP range berkaitan..
2.Login kepada modem menggunakan google. Factory password for modem.
3.Frame sources.


Dibawah ni aku sediakan screenshot. Kepada pemunya akaun, sila updated password default anda.






27 November 2009

Ubuntu 9.10



Aku masih dalam ubuntu 9.10. Versi ini agak kureng berbanding 9.04. Ntah, aku mash belum rasa serasi dengan sistem operasi ini. Terasa macam lebih berat sedkit berbanding ubuntu 9.04..

Nur Kasih??Nenek Kebaya??

Tamat sudah Nur Kasih yang ditayangkan di TV3. Cerita yang mengisahkan ketaatan dan kejujuran kasih sayang. Aku pun mulanya tak begitu menonton cerita ni. Tapi akhirnya pengaruh emak, yati yang membuatkan aku menonton. Sebenarnya, aku bukanlah spesies manusia yang cintakan tv. Aku mengaku. Tapi apabila nur kasih mula di tontoni, aku tertarik dengan jalan cerita yang disampaikan. Aku boleh beri  8 daripada 10 rating terhadap drama nur kasih ni.  Aku pasti, ramai lagi yang minat tengok drama ni. Silap2 ada yang meleleh air mata..huhu

Nenek Kebaya??Pun aku minat jugak sekarang ni. Sebabnya, lepas balik sekolah aku terus tunggu 4.30 sebab nak tengok sangat kesudahan cerita in. Jalan cerita yang agak mudah dan menarik untuk di nikmati oleh mata dan telinga aku. Muzik dia pun sedap jagk..huhu

19 October 2009

Penempatan Mengajar GSST Johor

Alhamdulillah, syukur aku ditempatkan untuk mengajar disekolah. Berikut adalah bukti pengesahan. Setelah 5 atau 6 bulan tamat pengajian, aku didatangi oleh sepucuk surat rasmi dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor(JPNJ). Dalam surat tu mengkehendaki aku datang ke SMK Mohd Khalid untuk urusan taklimat dan urusan penempatan sekolah. Mungkin juga urusan orientasi. Dan mulai saat itu aku mungkin bergelar GSST yang akan memulakan pekerjaan seawal tahun depan.


Kepada sesiapa yang belum semak, boleh melakukannya dengan mengetik alamat dibawah:
http://apps.emoe.gov.my/spg/gsst/

Aku teringat kat cite malaymok.blogspot.com ketika beliau memulakan hendak memulakan kerjayanya. Begitu juga yang aku hadapi. Segan dengan jiran dan kawan-kawan yang bertanya bila aku nak posting semenjak dari aku menamatkan pengajian sampailah ke hariyang ditunggu-tunggu ini. Hmmm

Norhayati dengan keluarga aku gembira je bila dapat tau aku dapat posting kat negeri johor ni.;-)

16 September 2009

Kemaskini Yang Tak Dikehendaki

Pertama : Puasa dan Raya.
Jika tahun-tahun kebelakangan ini, aku berpuasa di perantauan orang, kali ini aku berpuasa dengan mak dan ayah aku(eceh, padahal sejam perjalanan je). Tahun-tahun yang lepas aku berpuasa dengan kawan-kawan dan cik yati. Rindu jugak bila dikenangkan semua benda yang telah berlalu itu. Namun kali ini aku dan keluargaku semua bersatu berpuasa di rumah. Alhamdulillah, syukur. Aku merasa nikmat berpuasa bersama keluarga. Mungkin mana tahu, jika selepas ini aku ditakdirkan berpuasa berseorangan seperti makmok, mungkin kali ini adalah puasa aku yang paling-paling nikmat dan berharga.

Sudah satu hari aku ponteng puasa. Bukan apa, sebab demam yang terlalu panas. Mula-mula memang cuba tahan, tapi kandas jugak akhirnya. Terpaksa aku gantikannya lepas raya nanti. Itu berlaku seminggu yang lepas dari tarikh posting ini dikeluarkan. Aku cuma takutkan H1N1. Mujur bukan. Alhamdulillah..

Minggu yang lepas juga aku dah berbuka puasa bersama yang tersayang di Hotel Grand Paragon. Mungkin gah namanya, tapi atas jemputan sahaja. Esok pun mungkin aku akan berbuka bersama si dia. Dimana pun tak tahu lagi dan belum dirancang..

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut kemenangan. Salam Aidilfitri semua. Jika ada terngumpat, terngata yang tidak di jangka. Makan dan minum serta terambil barang yang bukan dipunya. Terkhilaf bahasa serta seangkatan dengannya. Aku memohon ribuan ampun dan maaf untuk semuanya. Aku bukan manusia yang sempurna, malah insan yang selalu melakukan kesilapan. Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin.

Ada satu niat aku di bulan puasa ini yang tidak tertunai-tunai lagi. Aku harap mampu tunaikannya.



Kedua : Konvo
Alhamdulillah. Aku telah berjaya menunaikan hasrat kedua orang tua aku untuk melihat anaknya berada diatas pentas menerima ijazah. Dan ini sedikit gambarnya untuk tatapan dihari muka..


24 August 2009

Dia..

Sengaja aku upload gambar anak buah aku. Kalau ikut bulan Islam iaitu bulan Hijrah, dah 1 tahun pun dia sebab dia lahir 1 ramadhan. Masa umur dia lingkungan 11 bulan, dia dah mula berjalan. Makin ligat dia sekarang. Lincah. Mabuk je nak berjalan. Aku yang semakin penat melayan dia. Mulut pun dah mula kepoh nak bercakap. Ingat nak hadiahkan dia sesuatu. Maybe baju?