Perancangan yang terburu-buru oleh Dekan dan Ketua Jabatan Fakulti Pendidikan tentang penambahan program baru untuk pelajar-pelajar tahun akhir fakulti pendidikan akan menyusahkan pelajar-pelajar. Bukan apa, waktu yang dicadangkan adalah tidak sesuai dan melihat kepada peruntukan yang dikeluarkan, mereka cuma mengeluarkan peruntukan untuk pensyarah sahaja, sedangkan yang menaggung semuanya adalah pelajar. Dimana bahagian kami?
Sudahlah Program Bina Insan Guru dan Program KoKurikulum dibuat di outbound Fakulti Pendidikan sahaja. Apa semua ini?
Pihak pengurusan fakulti perlulah mempertimbangkan hak-hak autonomi pelajar. Pelajar seperti aku ni akan terbeban dengan kewangan, masa dan waktu bersama keluarga.
Kalaupun mahukan pelajar-pelajar mempunyai kokurikulum yang baik, perlulah perancangan awal dibuat. Bukan diakhir sem!!
Kami akan berfikir dahulu sebelum menyertainya.
2 comments:
selamat menjalani pengurusan ko-kurikulum dan BIG!hehe
cis..belagak punya zuhairy
Post a Comment