Pages

10 November 2008

Berblog Secara Tegar?

Malam tadi aku kurang lena tido. Aku banyak berfikir tentang seribu macam masalah. Buku depan mata dibuka, namun kandungannya yang menerangkan tentang prinsip pengeluaran ternakan tidak ku fahami langsung! Entah apa yang aku tembusi akal fikiranku ini. Menerobos jauh ke luar minda aku. Out of the box!

Salah satu yang bermain difikiranku adalah Adakah aku seorang "Blogger Tegar".

Apakah yang dimaksudkan dengan blogger tegar itu?Blogger tegar adalah seorang yang obses terhadap penulisan maya iaitu blog. Blogger tegar ini menulis apa sahaja yang dia minati dan bidang yang mereka ceburi. Blogger tegar ini lebih obses kepada minat. Kadangkala blogger ini menulis luar daripada minat mereka, tapi kebarangkaliannya sangat sedikit berbanding dengan minat mereka. Bukti? lihat sahaja tag atau label yang ada di blog mereka. Berapa banyak tag tentang minat mereka? Saya boleh berikan contoh kawan-kawan saya sendiri seperti melayubuntu, daraqutni, msadaholyman. Semuanya minat kepada bidang masing-masing. Begitupun, mereka ini tidak setegar yang saya maksudkan awalnya.

Kadangkala, terdapat yang kita jumpa blogger yang obses kepada pendapatan secara maya. Contohnya blog bisikanhati. Lihat sahaja semua ini.

Persoalan yang bermain difikiran aku, adakah aku seorang "Blogger Tegar"

No comments: