Pages

14 November 2008

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Aku sekarang tengah study subjek sociology in education atau dalam bahasa melayunya ialah sosiologi didalam pendidikan. Bagi aku subjek ini merupakan subjek yang sukar kerana terdapat terlalu banyak teori-teori orang dulu-dulu selain sejarah-sejarah dan perkaitan yang membingungkan. Jadi, aku mengambil peluang update blog ini supaya aku lebih mengingati tentang satu komponen atau sub tajuk yang mungkin keluar dalam final esok pagi. Penat baca pasal PIPP ni. Banyak sangat huraian yang berkaitan. Kat sini aku akan huraikan senaraikan dan ringkaskan 6 teras pelan yang aku baca dan menurut kefahaman aku sendiri. Kalau nak lebih lanjut, sila ke laman web Kementerian Pelajaran Malaysia disini :

http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=pipp&unit=kementerian&bhs=my


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

6 Teras Utama Pelan:
1.Membina negara bangsa
-Memperkasakan bahasa dengan mewujudkan bulan bahasa
-Memantapkan perpaduan negara & integrasi nasional dengan cara meningkatkan semangat patriotik dikalangan pelajar melalui aktiviti-aktiviti sekolah dan kokurikulum.
-Selain itu, semangat kejiranan antara pelajar dipupuk.
-Memupuk cinta pada seni, warisan dan budaya bangsa melalui pengajaran dan pembelajaran sejarah serta lawatan-lawatan
-Islam hadhari diterangkan didalam silibus untuk membentuk pemikiran & kehidupan

2.Membangunkan Modal Insan
-Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu melalui menanamkan budaya cinta akan ilmu
-Memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan displin.
-Ini boleh digapai dengan memperluaskan Mata Pelajaran Vokasional(MPV), kuasai kemahiran IT dan komputer serta memberi banyak ceramah, motivasi untuk memupuk nilai murni, akhlak mulia dan displin pelajar.

3.Memperkasa Sekolah Kebangsaan
-Menumpukan kepada sekolah kebangsaan
-Tambah program pra sekolah
-Memantapkan kepimpinan Guru Besar & kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum agar cekap dan terlatih
-Ciri-ciri Sekolah Kebangsaan yang hendak diperkasakan:
• Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
• Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai
3M.
• Beraspirasi nasional.
• Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.
• Pencapaian akademik cemerlang.
• Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
• Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
• Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.
• Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.
• Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.

4.Merapatkan jurang pendidikan
-Membangunkan infrastruktur & kemudahan pendidikan diluar bandar
• menambah komputer disekolah luar bandar
• melaksanakan TV Pendidikan
• menyediakan makmal komputer
-Mengurangkan keciciran pelajar terutama pelajar di Sabah dan Serawak selain masyarakat orang asli
-Menambahkan guru terlatih dikawasan pedalaman
• sediakan keperluan asas untuk guru dikawasan pedalaman
• tambah baik insentif untuk guru-guru dipedalaman

5.Memartabatkan profession perguruan
-Menambah baik sistem pemilihan dengan mengetatkan syarat memilih guru-guru
-Menambahbaik persekitaran kerja guru-guru
-Memantapkan latihan perguruan iaitu dari aspek kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia
• naik taraf maktab dan menggubal kurikulum institut perguruan guru(IPG) secara berpusat
• tambah jawatan dan memudahkan kenaikan pangkat kepada guru yang berprestasi baik
• wujud kerjasama dengan IPT tentang latihan guru

6.Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
-Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
-Pilih guru yang berkualiti, berkebolehan dan berkemahiran tinggi
-Wujudkan sekolah kluster

No comments: