Pages

17 November 2008

Harga Minyak Turun - Implikasinya?

Aku menonton TV3 pukul 8.00 malam. Berita utama yang keluar adalah penurunan harga minyak sebanyak 15 sen sekali lagi. Berita semalam tidaklah mengejutkan aku dan ramai pihak. Berita tersebut telah dijangka akan diumumkan oleh kerajaan. Dan tidak mengejutkan bahawa ramalan harga oleh pakar-pakar ekonomi menyatakan bahawa minyak boleh diturunkan ke paras RM1.60 dan kebawah selaras dengan penurunan harga minyak dunia.

So, permasalahan disini adalah mengenai barang-barang keperluan harian atau barang dapur. Turun ke?Hmmm..takkan punya. Pagi ni tadi aku tengok Malaysia Hari Ini(MHI). Banyak yang diperkatakan oleh pengguna dan peniaga makanan. Salah menyalah di perkatakan. Tapi kesimpulannya, salahkan kerajaan. Ye!memang salah kerajaan!! Sapa suruh naikkan harga minyak dulu. Kalau harga tak naik, mungkin sampai sekarang, harga makanan tetap jadi murah. Sekarang, kerajaan tanggung akibatnya. Bargaining power of buyers semakin berkurangan. Maka inflasi semakin meningkat. Now, kerajaan terpaksa menurunkan semula kadar inflasi tersebut dengan menurunkan harga minyak, harga barang mentah, kos bahan api, tol, tarif elektrik dan air dan banyak lagi.

Paling ketara Pesatuan Pengguna dan Kesatuan Sekerja mula merungut agar kerajaan menaikkan gaji minimum bagi pekerja swasta. Dan rungutan itu telah dibawa ke Parlimen dan sedang diperhalusi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sedia menjadi orang tengah bagi permasalahn tersebut.

Dan kerajaan mungkin terpaksa mengikut kehendak rakyat. Dan itu yang sepatutnya. Dan perkara ini akan merugikan kerajaan sendiri. Dulu, bukan main naikkan harga minyak dan sekarang, terima padahnya.

Sedang saya menulis ini, saya terbaca artikel di http://pedasberapi.wordpress.com/2008/06/15/adakah-kita-sedar-selama-ini/. Menarik!

No comments: