Pages

20 March 2009

Guru Di Beri Semula Kuasa Merotan

Impak dan kesannya kepada pelajar boleh kita lihat. Berdasarkan pengalaman aku belajar dan mengajar, pelajar sangat bencikan rotan. Lebih-lebih di khalayak ramai. Kenapa? Malu jawapan yang paling mudah. Ia akan menjadi kenangan hitam yang terpalit jika keadaan sedemikian berlaku.

Aku, ayus dan rehan pernah dikenakan hukuman sebegini. Dan mungkin aku akan ingat sejarah hitam ini sampai bila-bila.

Jadi kita lihat kesan penguatkuasaan kuasa merotan ini dalam jangka masa 5 bulan dari sekarang.

PASIR PUTEH 8 Mac – Kementerian Pelajaran akan mengaktifkan semula hukuman rotan sebagai tanda ketegasan menangani masalah disiplin pelajar yang semakin menimbulkan kebimbangan umum.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, pengetua atau guru besar sekolah telah diberi kuasa menjalankan hukuman itu jika perlu.

Katanya, hukuman itu tidak dilaksanakan sejak akhir-akhir ini kerana pihak sekolah cuba mengambil pendekatan memberi bantuan kaunseling kepada pelajar bermasalah.

“Hukuman rotan boleh dilaksanakan jika perlu, tetapi ia perlu dilakukan di tempat tertutup.

“Oleh itu, sama ada akan dilaksanakan atau tidak, bergantung kepada budi bicara mereka dan melihat kepada jenis kesalahan pelajar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Alimuddin menegaskan, pihak kementerian tidak akan berkompromi dalam hal itu jika masalah disiplin yang berlaku amat serius.

Katanya, mana-mana pihak tidak boleh mencabar hukuman rotan yang dijalankan kerana ia telah termaktub dalam peraturan sekolah.

Bagaimanapun, jelas beliau, kementerian telah menetapkan garis panduan yang perlu diambil oleh pihak sekolah sebelum melaksanakan sesuatu hukuman.

“Pihak sekolah boleh memberi amaran, merotan, menggantung sekolah dan akhir sekali mengambil langkah membuang sekolah terhadap mana-mana pelajar bermasalah,” tegasnya.

Alimuddin berkata, masalah disiplin pelajar di seluruh negara menyaksikan satu trend penurunan sejak tiga tahun terakhir dan kementerian konsisten dalam usaha menangani isu itu sehingga ke akar umbi.

Katanya, daripada kira-kira lima juta pelajar, kes disiplin yang direkodkan oleh jabatannya hanya pada kadar 2.08 peratus pada tahun lalu.

Ujar beliau, jumlah itu menurun berbanding 2.13 peratus dan 2.10 peratus masing-masing bagi tahun 2006 serta 2007.

Bagi hukuman rotan pula, beliau berkata, sebanyak 0.34 peratus telah dijalankan tahun lalu berbanding 1.25 peratus pada tahun sebelumnya.

“Sebanyak 0.11 peratus jumlah pelajar digantung sekolah tahun lalu berbanding 0.37 peratus tahun sebelumnya.

‘‘Bagi tindakan buang sekolah, sebanyak 0.05 peratus pelajar terlibat jika dibandingkan sebanyak 0.18 peratus pada 2007,” jelasnya.

Beliau menambah, daripada jumlah pelajar yang dibuang sekolah tahun lalu, sebanyak 87 peratus daripadanya telah membuat rayuan dan diterima bersekolah semula dengan syarat yang ketat.

5 comments:

Anonymous said...

hahah...bab2 merotan ni baru ko nak kaitkan nama aku kat situ kan...hahah..ampeh nye atong...

Mamok™ said...

ntahnyer atong...
aku rasa aku kene kedepan dulu pon sebab cikgu suruh tunjuk bakat nyanyi.. eceh..

weh.. celah mane kerete honda ko.. honda wave ko tu agak macho kalo aku yang bawak..

mahu aku tinggalkan signature dihonda kamu?..
hehehe...

Mustakim Ahmad said...

Haha..yus, kan dulu kita rakan yang selalu kena sebat. Siap boleh lawan lagi berapa kali kena.Haha..tak ngaku konon!pirah!!!!!!!

Rehan, ko la terikut2 dgn aku dgn ayus.ko ponteng masa kelas cikgu latipah..haha.padan muka ko..

Ayus said...

bongok nye atong...xyah ar nak kecoh2..ko leh bangga lak kena sebat...hahaha..tp at last aku gak pegang rekod paling banyak kena sabat..ko kalah..hahah..rehan lg la kalahkan...tp aku berjaya membawa rehan ke jalan yg salah...

Mustakim Ahmad said...

Weh, ko hebat yus. Aku cuma no 2. Ko hebat sebab selalu dtg lambat. Aku plak pengawas..tu yang ko menang..

Tapi tak boleh lawan "hak" yang kena haram jadah dgn cikgu usop sulaiman..haha