Pages

02 March 2009

Hot Fm Big Jam 2009 Gempak!!


Nasib baik bawak payung. Panas, Hujan, selamba je redah


Semalam, aku dah buah hati aku pergi menyaksikan Konsert Hot Fm Big Jam 2009 yang berlangsung dekat Festive Mall Danga Bay. Memang meriah dan ramai orang. Aku dengan buah hati aku datang seawal jam 111 pagi sebab tak mahu bersesak sesak bila dah petang nanti. Sempat juga aku makan tengahari tu kat gerai kat Festive Mall tu.

Peluang aku lihat macam mana siaran hot fm tu berlangsung sungguh mengujakan. Rilek je rupanya. Takde pun skema-skema. Antara DJ yang hadir termasuklah DJ popular seperti Faizal Ismail, Fara Fauzana, Anne, Leya, Ikhwan, AG, Azura. Memang sporting mereka ni. Kalau berbual tu, melawak je tak habis-habis. Pecah perut ketawa.Haha

Petang pukul 4.00 konsert dah dimulakan. Petang tu, artis yang buat persembahan boleh tahan la. Memamng superb la diorang ni dengan band-band diorang. Tak sangka, diorang boleh main sebegitu baik. Alangkah happeningnya jika dibandingkan dengan band-band daripada Indonesia. Petang tu, artis yang buat persembahan dimulakan dengan One Nation Emcee, Pesawat, Nubhan, Jinbara, Misha Omar...banyak lagi la!

Hujan pulak turun pukul 6 tu. So, nasib baik aku dengan buah hati aku tu bawak payung. So, kitorang selamat la. Ingatkan boleh la kedepan stage tapi silap besar kami. Rupanya budak-budak yang tak berpayung kat depan ni tak nak balik walaupun basah kuyup. Memang heavy la diorang ni. Sanggup berhujan semata-mata. Nasib baik aku berpayung, kalau tak mungkin kami pun balik awal.

Ingatkan sampai petang je kami kat situ, tapi lepas solat asar dan maghrib, kami pergi makan dulu. "Steamboat".Huhu. Sedap jugak makan lapar-lapar pukul 8 tu. Kami makan dekat dataran Johor Bahru. Ingatkan lepas tu nak balik terus, tapi kami sambung semula tengok konsert tu. Malm lagi la macam sardin. Nak masuk kat depan pun tak lepas. Huhu. So kami cuma tengok kat tengah-tengah ribuan orang tu. Tapi memang happening gila!. Ada Mawi+FBI, Aizat, Azharina, One Buck Shot, Bunkface, Meet Uncle Hussein. Bunkface dengan Meet Uncle Hussein buat persembahan yang paling last. Memang superb!

Aku tak menyesal pun pergi Hot Fm Big Jam tu. Cuma yang menyesal tak bawak kamera. Mungkin lepas ni kalau ada lagi Big Jam tu, aku mungkin pergi lagi!

2 comments:

nazri said...

haha..abis la ko..
mmg aku comment abis2..
ish3..pegi tak ajak aku sey..
aku ditinggalkan..
smp ati ko..kah3...

Mustakim Ahmad said...

Blah la lu. Sape nak ajak lu. Baik gua bawak awek gua..Haha