Aku pelik dengan sikap orang melayu ini. Semuanya mahu goyang kaki duduk rumah membesarkan apa yang ada celah kelangkang dan menunggu duit masuk ke dalam poket!.
Dulu pak man telo, sekarang macam-macam dah ada. svr2u, buluhmas, ceramic, uptrend dan bermacam-macam lagi nama yang entah apa-apa memsarkan produk secara maya. Entah betul entah tidak. Tapi bukan silap mereka yang menimbulkan idea ini. Mereka pun tidak bersalah dalam hal ini. Dalam perniagaan, keuntungan adalah yang utama bagi pengusaha atau peniaga. Mereka tidak fikirkan yang lain selain melepasi target mereka.
Namun apa yang aku KESALkan adalah tahap mentaliti orang-orang melayu sekarang. Mudah sangat percaya untuk menjadi kaya dengan mudah. Titik.
Kau rasa kau baca dan telah masuk skim-skim itu betul. Relax la geng, kalau kau rasa kau betul, kau teruskan. Aku tak akan halang sebab tu semua duit kau. Ia akan jadi darah daging dalam hidup kau. Mungkin pada yang dah berumah dan memiliki tangga, ia akan menjadi darah daging isteri dan keturunan kau. Titik sekali lagi.
Bukan niat aku untuk menulis ini, tetapi memndangkan prinsip hidup yang aku pegang selama ini, "engkau tak akan maju selagi engkau tak berusaha sendiri". Rezeki tu DIA telah berikan, tapi usaha itu datang daripada kau sendiri. Bukan hanya duduk membesarkan benda yang berada di kelengkang kau itu dan memikirkan duit yang bakal masuk pada setiap pulangan modal yang kau sumbangkan.
Kalau engkau berkeras juga, engkau kata engkau betul, aku boleh tunjukkan jalannya. Kau ciptalah sendiri perniagaan maya engkau dengan usaha engkau sendiri. Tipulah bangsa melayu kau. Pasti kau akan mendapat keuntungan yang tinggi.
Fikirlah bangsa melayuku..
2 comments:
entri ini ditujukan kpd sapa ya?haha..
Entri ni di khaskan kepada sesiapa yang mengajak aku join MLM atau sekutu dengannya. Damn!haha
Post a Comment