Pertama : Puasa dan Raya.
Jika tahun-tahun kebelakangan ini, aku berpuasa di perantauan orang, kali ini aku berpuasa dengan mak dan ayah aku(eceh, padahal sejam perjalanan je). Tahun-tahun yang lepas aku berpuasa dengan kawan-kawan dan cik yati. Rindu jugak bila dikenangkan semua benda yang telah berlalu itu. Namun kali ini aku dan keluargaku semua bersatu berpuasa di rumah. Alhamdulillah, syukur. Aku merasa nikmat berpuasa bersama keluarga. Mungkin mana tahu, jika selepas ini aku ditakdirkan berpuasa berseorangan seperti makmok, mungkin kali ini adalah puasa aku yang paling-paling nikmat dan berharga.
Sudah satu hari aku ponteng puasa. Bukan apa, sebab demam yang terlalu panas. Mula-mula memang cuba tahan, tapi kandas jugak akhirnya. Terpaksa aku gantikannya lepas raya nanti. Itu berlaku seminggu yang lepas dari tarikh posting ini dikeluarkan. Aku cuma takutkan H1N1. Mujur bukan. Alhamdulillah..
Minggu yang lepas juga aku dah berbuka puasa bersama yang tersayang di Hotel Grand Paragon. Mungkin gah namanya, tapi atas jemputan sahaja. Esok pun mungkin aku akan berbuka bersama si dia. Dimana pun tak tahu lagi dan belum dirancang..
Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut kemenangan. Salam Aidilfitri semua. Jika ada terngumpat, terngata yang tidak di jangka. Makan dan minum serta terambil barang yang bukan dipunya. Terkhilaf bahasa serta seangkatan dengannya. Aku memohon ribuan ampun dan maaf untuk semuanya. Aku bukan manusia yang sempurna, malah insan yang selalu melakukan kesilapan. Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin.
Ada satu niat aku di bulan puasa ini yang tidak tertunai-tunai lagi. Aku harap mampu tunaikannya.
Kedua : Konvo
Alhamdulillah. Aku telah berjaya menunaikan hasrat kedua orang tua aku untuk melihat anaknya berada diatas pentas menerima ijazah. Dan ini sedikit gambarnya untuk tatapan dihari muka..
3 comments:
tahniah atong...
dah konvo dah kau ek.. hehee..
tengok gambar kau n family kau,
rindu nk dengor mak kau usik kau dan bapak kau melatah..
hehehe..
raya datang rumah...
selamat hari raya...
oo..ketawa yaa..haha..
congra8..
dah tu. bila nak kahwin nie..
gambar nak macho jer.. hahaha
Post a Comment