Pages

02 November 2010

Bila Pen Merah Berkuasa

Pen merah ada kuasanya. Kuasa memberi dan menerima. Pen merah bukan dijadikan sesuka hati untuk menulis, tetpi pen merah menentukan hidup kau orang semua. Pen merah ada kalanya menjadi menyala apabila sang pencintanya sangat menggunakannya dengan penuh emosi. Aku suka pen merah. Tetapi aku tak suka menggunakan kuasanya.

Bila bercakap pen merah, automatically, dikaitkan dengan cikgu. kenapa cikgu?sebab cikgu yang paling banyak menggunakan pen merah.aku?sama seperti cikgu lain,menggunakan pen merah untuk menanda kertas periksa. student-student aku takut kalau aku keluarkan pen merah dan menandakan pangkah untuk kertas jawapan ataupun latihan mereka. Sure, mereka menyesal kalau salah. Bila pen merah berkata salah, maka, mereka perlu membetulkan semula jawapan mereka sehinggalah mereka dapat "right" dan bintang. Masa tu, mereka akan tersenyum gembira.

Musim peperiksaan sekarang ini, pen merah menjadi sangat berkuasa. Bayangkan kalau masa kau semua ambil periksa SPM, lalu penanda kertas langsung tidak memberikan belas kasihan untuk kau supaya lulus walaupun hanya 1 markah untuk mencapai lulus. Kalau terjadi betul-betul dan kau tidak melanjutkan pelajaran, dimanakah kau selepas itu? Jadi pencacai?kalau penanda kertas tu berikan kau lulus dan sekarang kau menjadi orang ternama seperti doktor, arkitek?pernahkah kau berterima kasih pada kuasa pen merah?

Begitulah kuasa pen merah. Mampu mengubah tangisan kepada senyuman. Mampu mengubah manusia pemalas menjadi rajin dan mampu mengubah hidup kau..

1 comment:

Bonda Humaira & Uzair said...

baru dapat satu nota berpena merah dr bos.. yang peliknya, nama dia disign dengan pen hitam! sempat plak dia tukar2 pen kan? :p
salam ziarah yer...