Pages

30 December 2010

Aku Punyai Twitter!

Sejak kebelakangan ini, satu fenomena membenci facebook mula bersarang dalam kotak hati. Sebenarnya akaun twitter dah lama wujud sejak tahun2008 kalau tak silap, namun masa itu, tak tahu untuk apa gunanya twitter itu. Sejak mula bosan dengan facebook #fb, aku beralih menggunakan twitter.

Ikuti aku di twitter : twitter.com/mustakimmus

dan aku mempromote kawan aku yang dijangka akan menjadi selebriti pujaan dalam masa terdekat ini. ikuti beliau di twitter.com/RaihanEsa

12 December 2010

Tahun 2010 Bakal Menutup Tirai

Tahun dua ribu sepuluh ataupun dengan angka ditulis begini "2010"(tanpa tanda ") tinggal lebih kurang 18 hari di saat entri ini dilepaskan. Maka berakhirlah tahun yang penuh dengan perkara-perkara yang mungkin pada aku sangat mencabar. Disini, aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku rasakan penting sepanjang tahun 2010.

25 tahun
Pada 31 Mei 2010, aku berusia 25 tahun. 25 adalah angka yang cukup besar. Wow! Dalam hati sinis berkata, lama sudah aku dimuka bumi ni. 25 tahun dulu aku dilahirkan dan tahun ini aku masih bernyawa dan bernafas di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, syukur.

Kerjaya Pertama Sebagai Guru
Walaupun tarikh posting sebagai guru adalah 26 Oktober 2010, tetapi aku lebih mengingati tarikh aku mula mengajar anak bangsa. 4 Januari 2010 adalah hari pertama aku memegang amanah sebagai pendidik. Orang kata, "Kerjaya guru ni sampai bila-bila pun orang akan panggil cikgu". Mungkin ada benarnya. Sekolah ditempatkan mengajar adalah SMK Dato Abd Rahman Andak Simpang Renggam. Nyata, sudah akhir tahun ini, anak murid aku panggil aku cikgu. Terasa seperti dihormati. Dan aku harapkan, semua anak-anak murid aku akan menjadi insan yang berguna walaupun kurang menyerlah dalam akademik. Amin

Bergelar Tunangan Orang
Tanggal 3 Oktober 2010, aku masuk merisik dan meminang seorang yang bakal menjadi isteri, rakan, sahabat dan penyeri hidup. Alhamdulillah, sudah selesai segala urusan.Tinggal urursan walimah pula yang dijangka bulan Mei tahun 2011.

Membantu Ayah dan Mak
Alhamdulillah, sejak aku mempunyai kerjaya ini, aku dapat bantu mak dan ayah. Syukur. Semoga mereka terus dilimpahi rahmat dan rezeki. Terima kasih mak, ayah, kerana menjaga aku sejak 25 tahun dahulu.

11 December 2010

Beralihlah kepada sistem Fedora daripada Ubuntu

Tajuk ini mungkin akan mendatangkan marah kepada user atau pengguna distro ubuntu itu sendiri. Tetapi itulah hakikat yang sebenarnya diketahui. Bukan hendak mengatakan bahawa fedora itu bagus, tetapi, hanya mengatakan fedora lebih sedikit bagus dari ubuntu dari segi installation(pemasangan) dan requirement(kehendak) hardware yang lebih rendah berbanding ubuntu yang kini aku lihat semakin tinggi.

Pengalaman aku menggunakan ubuntu sejak dari dahulu kala lagi memang memberikan aku pengalaman luas untuk mengatakan ubuntu itu bagus. Sistem Operasi ini adalah bagus dalam dalam beberapa aspek terutama bantuan teknikal dan dokumentasi yang berlambak di internet. Gunakan sahaja keyword "Ubuntu" , pasti beribu dokumentasi yang datang. Slein itu, ubuntu baik dalam melakukan inovasi. Tengok sahaja dari segi interfacenya(Antaramuka). Berubah dari satu interface ke interface yang lain. Dari gnome ke unity.

Gnome Interface 

 Unity Interface

Perubahan-perubahan ini memang bagus, tetapi ia memerlukan pengguna keperluan yang tinggi. Sejak kemunculan 10.10(Maverick Meerkat) dan seterusnya 11.04(Narthy Narwal) yang akan datang, nampak perubahan ketara ubuntu. Spesifikasi hardware yang diperlukan makin tinggi, RAM mesti melebihi 1GB untuk mengelakkan kejung, Processor mesti dual core keatas untuk menjalankan aplikasi dengan lebih smooth, Graphic Card perkara yang wajib. Sekurang-kurangnya 256MB punya AGP atau PCI-E. Harddisk kena bersih dari bad sector. Kalau ada bad sector, mustahil akan berjaya. Inilah apa yang dimaksudkan dengan tajuk.

Marilah kita beralih ke sistem yang lebih sedikit baik iaitu Fedora ataupun core kepada ubuntu iaitu Debian. 

24 November 2010

Program Sistem Tuntutan Elaun Perjalanan

https://sites.google.com/site/eportfoliomustakim/Home/STeP3.3.zip?attredirects=0&d=1

Salam, susah betul aku mencari program yang digunakan. Cari dalam BTP tak jumpa, cari kat repo PPD jugak tak jumpa, cari dekat JPN pun tak jumpa.Lastly, jumpa dekat satu website sekolah apa ntah lupa nak ambik link sekolah tu.

Sistem ini digunakan untuk membuat tuntutan elaun bagi guru yang menjaga peperiksaan SPM dan PMR. Sistem ini dibuat oleh pihak Bahagian Teknolohgi Pendidikan Johor(BTPNJ) dengan kerjasama JPNJ.

Sekarang, aku dah upload dalam google sites dan semua orang boleh download.

Nama program : Sistem Tuntutan elaun Perjalanan STeP Versi 3.3 (201010)
Dependencies : Microsoft Office Access 2003, 2007 atau 2010 , Win Rar
**sila extract file tersebut
** sila copy paste file MouseHook.dll tu ke dalam C:/Windows

09 November 2010

Arkitek Landskap Malaysia

Berharap si dia akan memperoleh matlamat dalam kerjanya. Aku bangga dengan si dia yang sekarang kuat dan gigih bekerja. Ni diskripsi tugas dia berdasarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA):


Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan reka bentuk kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengawasan projek, mereka bentuk pelan pembangunan, taman awam, lanskap serta memberi ‘input' kepada rancangan pelan pembangunan struktur, kertas-kertas mengenai garis panduan dan perancangan serta projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan. 





Ada yang berminat untuk buat landskap rumah?Boleh hubungi saya di email chilva@gmail.com.

Alhamdulillah, aku syukur. Harap dia tahu bila dia baca, dan aku ingin katakan,aku sangat berbangga dengan dia!

02 November 2010

Bila Pen Merah Berkuasa

Pen merah ada kuasanya. Kuasa memberi dan menerima. Pen merah bukan dijadikan sesuka hati untuk menulis, tetpi pen merah menentukan hidup kau orang semua. Pen merah ada kalanya menjadi menyala apabila sang pencintanya sangat menggunakannya dengan penuh emosi. Aku suka pen merah. Tetapi aku tak suka menggunakan kuasanya.

Bila bercakap pen merah, automatically, dikaitkan dengan cikgu. kenapa cikgu?sebab cikgu yang paling banyak menggunakan pen merah.aku?sama seperti cikgu lain,menggunakan pen merah untuk menanda kertas periksa. student-student aku takut kalau aku keluarkan pen merah dan menandakan pangkah untuk kertas jawapan ataupun latihan mereka. Sure, mereka menyesal kalau salah. Bila pen merah berkata salah, maka, mereka perlu membetulkan semula jawapan mereka sehinggalah mereka dapat "right" dan bintang. Masa tu, mereka akan tersenyum gembira.

Musim peperiksaan sekarang ini, pen merah menjadi sangat berkuasa. Bayangkan kalau masa kau semua ambil periksa SPM, lalu penanda kertas langsung tidak memberikan belas kasihan untuk kau supaya lulus walaupun hanya 1 markah untuk mencapai lulus. Kalau terjadi betul-betul dan kau tidak melanjutkan pelajaran, dimanakah kau selepas itu? Jadi pencacai?kalau penanda kertas tu berikan kau lulus dan sekarang kau menjadi orang ternama seperti doktor, arkitek?pernahkah kau berterima kasih pada kuasa pen merah?

Begitulah kuasa pen merah. Mampu mengubah tangisan kepada senyuman. Mampu mengubah manusia pemalas menjadi rajin dan mampu mengubah hidup kau..

Pandangan aku mengenai public gold dan emas..

Salam, kawan-kawan semua, aku bukanlah seorang yang pandai dalam pelaburan dan aku juga bukanlah bodoh sangat dalam pelaburan. Tapi aku ada sense yang tinggi terhadap apa yang selama ini menjangkiti ramai kawan-kawan aku yang lain. Pernah aku keutarakan isu ini dulu disini tapi bila cari semula, tak jumpa pulak.

Pertama, jangan buat loan untuk melabur. kenapa?sebab, kau melabur atas hutang.kemudian dapat duit bayar semula hutang.cuba kira semula bayaran dan bunga. berbaloi ke? WTF

Kedua, aku dapat tau, ada sistem yang menggunakan overdraft atas pinjaman. Maksudnya, hutang atas hutang. Apa gila kau melabur guna hutang dan buat hutang lagi atas hutang sedia ada. bodoh namanya

Ketiga, terus kepada specific public gold. Kenapa emas public gold, public dinar hanya boleh dijual semula ke institusi yang ditetapkan?sebabnya, atas tu dah ada cop PUBLIC GOLD atau PUBLIC DINAR. Umpamanya, kau ada baju nak jual, tapi atas baju tu nama kau. orang lain nak beli ke?mesti tak nak kan. Aku cakap bukan untuk public gold je, tapi untuk semua syarikat atau bank yang menjual jongkong emas yang ber "cop". Bank negara pun ada, Kijang Emas..

Aku tak kata pelaburan emas tak bagus, aku dah kaji dulu.memang bagus, cuma untuk jangka masa pendek dan loan adalah tak digalakkan. Kalau nak beli, beli barang kemas.ada takda, boleh jugak bagi mak atau bini pakai. Kalau nak gadai pun semua bank dan pajak gadai terima. Ar-Rahnu Yapeim lagi la terima. Takda pulak macam jongkong emas bercop yang lain.

Satu lagi, kita kena ambil kira keperluan. Kalau melabur semata-mata nak untung pun tak boleh. Once kau dah melabur emas, kau terlibat sama dengan zakat. Zakat pendapatan dan zakat barangan. Now, itulah pendapat aku setakat ini. Kalau mampu, laburlah. Kalau tak mampu, jangan sekali-kali buat pinjaman untuk melabur.

01 November 2010

Ada orang bertanya aku...dot dot dot

Ada orang bertanya aku, adakah aku tak teringin nak berkereta. Sesetangah daripanya bertanya, bila aku nak menamatkan zaman remaja aku..remajakah aku? Ada segelintir pula bertanya, kenapa aku simpan je duit gaji yang dapat?

Ini jawapan aku:

1. Aku nak kawin dah..tapi tunggu je kad jemputan.tak pasti bulan berapa, tapi target aku bulan 5 nanti.kalau ikut plan aku lah tu. sekarang tengah bergerak perlahan-lahan uruskan apa yang penting. mesti ada yang bertanya lagi,bila masa aku bertunang?..aku tak bertunang pun, aku terus merisik dan terus bincang.lepas raya puasa bulan 9 yang lepas. orangnya? nanti akan diketahui.orang yang telah mengambil hati aku 3 tahun yang lalu.

2. Tak teringin ke pakai kereta?..teringin jugak, tapi banyak benda lain boleh buat dengan gaji yang aku ada sekarang. buat masa sekarang, kereta pun tak begitu penting dengan aku. cuma kadang-kadang, kalau terpaksa, aku akan pinjam kereta ayah aku..terpaksa dan kadang-kadang memang saja-saja aku nak pakai

3. Gaji tak guna ke?..jawapan aku, gaji tetap guna, cuma simpanan tu dilebihkan. Cikgu ajis kat sekolah tu selalu cakap dengan aku, 'kim, aku tengok ni dalam banyak cikgu-cikgu posting ni, kau paling steady dan rilex.tak kesah pasal nak beli kereta ke, melabur public gold ke...baguslah kau kim' memanglah, pada aku kalau menyimpan lagi bagus..melabur nanti jadinya lebur kalau tak betul-betul.

Tiap kali gaji, aku mesti abiskan 1/3 dari gaji untuk mak ayah dan keluarga aku.nasib aku takda rumah sewa, kereta, hutang..sampaikan makan minum pun kat rumah tak payah bayar..Alhamdulillah, syukur dengan apa yang ada..

05 July 2010

Ubuntu sebagai recovery kepada windows?

Sebagai seorang yang malas, dan berfikiran memudahkan kerja, makan aku terfikir membuat sistem seperti ini:

Install windows --> Install ubuntu sebagai dual boot --> Grub boot 1~2saat, lalai adalah windows


Jika berlaku kerosakan pada sistem operasi windows, boot kepada ubuntu, recover semua dokumen atau data. Mudah bukan? Jadinya, benda ni harus dipraktikkan pada masa kini agar kehilangan data dapat di recover.

Salam ceria~